Cari @ Amanz

Nokia, setelah mengumumkan kemaskini Amber untuk pengguna peranti Windows Phone 8 mereka, hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini tersebut kepada para pengguna peranti Lumia 820 dan juga Lumia 920 di Malaysia.

Melalui kemaskini Lumia Amber, ia membawakan aplikasi Nokia Smart Camera yang baru, pemprosesan rakaman imej yang lebih baik dimana Lumia 920 menawarkan kebolehan untuk mengawal tetapan ISO untuk rakaman pada kadar pencahayaan rendah yang lebih baik.

Nokia turut menyertakan pelbagai fungsi baru, termasuk Nokia Glance Screen, kebolehan mengakses peranti dengan dwi-tap pada skrin, dan pelbagai fungsi baru yang lain.

Untuk pengguna Lumia 920 dan juga Lumia 820, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda dengan ke halaman Settings > About.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd