Lebih 1 daripada 3 rakyat Malaysia kini memiliki telefon pintar
Google Malaysia hari ini berkongsi beberapa info semasa berkaitan penggunaan peranti mudah-alih di Malaysia, hasil kajian yang dilakukan oleh mereka bersama-sama dengan pihak Ipsos OTX.
Daripada data terkini yang dikongsikan pihak Google Malaysia, kini kadar penembusan telefon pintar mencapai 35% di seluruh Malaysia. Jikalau dibandingkan dengan dua tahun lepas, ia hanya sekitar 9% – sekaligus memperlihatkan peningkatan sehingga hampir 4 kali ganda berbanding 2011.
Selain itu, Google Malaysia juga turut berkongsi makluman mengatakan yang mana 88% pengguna tempatan mengakses internet setiap hari melalui telefon pintar mereka, disamping seramai 41% dikatakan sanggup meninggalkan televisyen berbanding dengan telefon pintar mereka.