Lebih 40% Tontonan Di YouTube Berlaku Pada Peranti Mudah-Alih

Lebih 40% Tontonan Di YouTube Berlaku Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Ogos 23, 2013 oleh .

Bersama-sama perkongsian beberapa data menarik berkaitan pengguna peranti mudah-alih, pihak Google juga turut sama berkongsi mengenai cara perubahan bagaimana pengguna menggunakan telefon pintar dan tablet dalam menonton video.

Menurut Google, kini lebih kurang 40% daripada tontonan yang berlaku di YouTube adalah hadir daripada peranti mudah-alih.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan hampir 1 daripada 2 tontonan yang berlaku pada peranti mudah-alih, sekaligus memperlihatkan beberapa peralihan pengguna dalam cara menggunakan desktop dan juga telefon pintar mereka.

Di Malaysia sahaja, angka pengguna peranti pintar meningkat dengan drastik, dimana kini 35% pengguna tempatan menggunakan telefon pintar berbanding hanya 9% pada 2011 yang lepas.


TIPS & ULASAN