Carian
Samsung ATIV Book 9 Lite Mula Dijual Di Malaysia
August 23, 2013 Aman

Pihak Samsung Malaysia menjadualkan pelancaran ATIV Book 9 Lite di Malaysia pada minggu hadapan. Namun, pada PC Fair Kuala Lumpur yang berlangsung hari ini, pihak Samsung kelihatan telah mula menawarkannya untuk pengguna tempatan.

Samsung ATIV Book 9 Lite

ATIV Book 9 Lite lebih kepada memfokuskan kepada rekabentuk yang nipis dan ringan, disamping mudah untuk dibawa kemana-mana. Seperti biasa, ia didatangkan dengan sistem operasi Windows 8, dan ditawarkan dalam dua variasi – dengan dan tanpa sokongan skrin sentuh.

Samsung ATIV Book 9 Lite

Samsung ATIV Book 9 Lite

Versi biasa tanpa skrin sentuh dijual pada harga RM1999, manakala versi dengan skrin sentuh pula dijual pada harga RM2399.

Komen