Bercakap mengenai carian yang sering dilakukan oleh pengguna Malaysia menggunakan telefon pintar mereka, sebanyak 69% kelihatan menggunakannya dalam membuat carian produk dan perkhidmatan, terutamanya sebelum membelinya.
Menurut Google, 84% membuat carian menggunakan itnernet selepas melihat sesuatu iklan secara luar-talian (offline). Perkara ini sekaligus memperlihatkan betapa pentingnya arena internet, terutamanya dalam mendapatkan pembeli membeli sesuatu barangan keluaran sesuatu syarikat.
Selain berkenaan info produk, 53% dilihat membuat carian untuk restoran, 57% membuat carian mengenai perlancongan dan percutian, serta menariknya 43% gemar membuat carian mengenai info perumahan.