Cari @ Amanz

Kita telah sedia melihat beberapa gambar peranti iPhone 5C sebelum ini, dan kini sebuah gambar imej “akhir” tertiris ke arena web, memperlihatkan rekabentuk peranti iPhone 5C pada bahagian hadapan dan juga belakang.

Apple iPhone 5C

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan peranti berwarna putih, dengan bahagian kerangka hadapan berwarna putih juga. Sebelum ini, beberapa gambar kerangka berwarna lain telah tertiris termasuk warna hijau dan sebagainya.

Sekiranya gambar yang tertiris ini adalah benar, maka mungkin kita akan melihat iPhone 5C dengan iOS 7 diumumkan oleh Apple pada sebuah acara khas yang dijangka akan diadakan pada 10 September kelak.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan rekabentuk peranti iPhone 5C ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd