Steve Ballmer Akan Meninggalkan Jawatan CEO Dalam Tempoh Kurang Setahun

Steve Ballmer Akan Meninggalkan Jawatan CEO Dalam Tempoh Kurang Setahun

Diterbitkan pada Ogos 23, 2013 oleh .

Hari ini, Microsoft hadir dengan pengumuman yang agak mengejutkan ramai pihak, dimana CEO semasa mereka, Steve Ballmer bakal meninggalkan jawatan tersebut dalam masa kurang 12 bulan lagi.

Dengan pengumuman ini, pihak Microsoft akan memulakan carian CEO baru yang akan mengambil alih pentadbiran syarikat tersebut.

Sebelum ini, beliau telah menjadi CEO Microsoft sejak daripada Januari 2000, dan kekayaan beliau dianggarkan sekitar $15.2 bilion.


TIPS & ULASAN