Carian
Instagram Mengambil-Alih Aplikasi Perkongsian Video – Luma
August 24, 2013 Aman

lumaInstagram yang kini dibawah Facebook nampaknya ingin terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena video, dimana hari ini mereka telah pun mengambil-alih salah satu syarikat yang menyediakan aplikasi perkongsian video – Luma.

Luma, selain hanya membawakan sokongan rakaman video, ia juga menyertakan teknologi penstabilan rakaman video bersama-sama dengannya. Sehingga kini, Luma hanya terhad kepada pengguna iOS sahaja, dan aplikasi berkenaan telah pun ditarik daripada AppStore.

Luma juga membawakan sokongan untuk menambah filter pada video ketika rakaman, tetapi membuangnya atau mengubahnya selepas sesuatu video selesai dirakamkan.

Pengguna Luma sedia ada pula diberikan masa sehingga 31 Disember untuk memuat-turun dan menyimpan salinan video yang pernah dikongsikan mereka.

Komen