Cari @ Amanz

Pada WWDC 2013 yang lepas, pihak Apple sedia mengumumkan Mac Pro yang bakal hadir tidak lama lagi. Kini, selepas beberapa bulan, pihak Apple kini menerbitkan sebuah video ringkas untuk Mac Pro pada saluran YouTube mereka.

Video yang dimuat-naik ke saluran YouTube mereka ini boleh dikatakan agak menyerupai video yang dipertontonkan pada WWDC yang lepas.

Mac Pro hadir daripada Apple memfokuskan kepada mereka yang memerlukan sistem perkomputeran berkuasa tinggi, terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang grafik, animasi, penyuntingan video dan sebagainya.

Mac Pro dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd