Readiy – Klien Feedly Untuk Windows 8

Readiy – Klien Feedly Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Ogos 24, 2013 oleh .

Feedly boleh dikatakan salah satu perkhidmatan langganan RSS yang popular akhir-akhir ini. Terdapat beberapa klien yang menawarkan integrasi sokongan Feedly, dan salah satu untuk pengguna Windows 8 dan juga Windows RT adalah Readiy.

Readiy

Readiy membawakan paparan yang dioptimasikan untuk skrin sentuh dan juga pengguna komputer biasa, dimana pelbagai langganan RSS dipaparkan dalam bentuk yang menarik dan mudah untuk dibaca.

Skrin utama Readiy memaparkan senarai langganan penuh, sementara pengguna dengan mudah boleh memilih sesuatu langganan spesifik melalui menu yang disediakan. Pengguna juga turut diberikan kebebasan untuk mengubah bentuk paparan sesuatu artikel, termasuk memilih susunan teks dan sebagainya.

Readiy

Readiy

Readiy

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan yang boleh dikatakan adalah dimana ia tidak menyertakan sokongan untuk menambah RSS baru pada aplikasi berkenaan, dan perlu dilakukan melalui perkhidmatan Feedly seperti biasa.

Readiy ditawarkan dalam dua versi, iaitu versi percuma dan juga versi berbayar. Seperti biasa, versi percuma didatangkan dengan iklan, namun boleh dikatakan ia tidak begitu menganggu. Walaubagaimanapun, sekiranya ingin mempunyai paparan bebas iklan, maka pengguna boleh mendapatkan versi berbayarnya.

Muat-Turun Readiy Dari Windows Store


TIPS & ULASAN