Cari @ Amanz

Pada hari ini, boleh dikatakan terdapat pelbagai perkhidmatan web yang didaftarkan seseorang. Dan mungkin kadang-kala anda mencari pautan untuk memadamkan akaun web yang didaftarkan dan sebagainya.

Untuk memudahkan pengguna menemui pautan untuk memadam akaun mereka daripada pelbagai perkhidmatan web, sebuah direktori khas hadir, dikenali sebagai JustDelete.ME.

Melalui JustDelete.ME juga, ia memberikan penerangan ringkas, selain turut melabelkan semua perkhidmatan sama ada boleh dipadam, ataupun sebaliknya.

Jadi, sekiranya anda ingin memadamkan akaun anda, atau ingin melihat bagaimanakah prosesnya, mungkin boleh ke direktori web JustDelete.ME dan melihatnya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd