Cari @ Amanz

AdBlockBagi segelintir pengguna internet, anda mungkin sedia kenali akan AdBlock, yang menawarkan kebolehan untuk tidak memaparkan iklan pada web, termasuk pada video YouTube. Ia sedia menyokong pelbagai jenis pelayar web moden pada hari ini.

Namun, pengguna umum yang sedia ketahuinya masih lagi tidak begitu ramai. Dalam usaha untuk membuatkan lebih ramai mengenali AdBlock, kini mereka memulakan usaha mengumpul sumbangan dana daripada orang ramai, dan dana yang dikumpulkan akan diguna untuk mengiklankan AdBlock pada pelbagai medium.

Pihak pembangunnya mensasarkan untuk mengumpulkan sebanyak $25,000, dan sehingga kini ia telah terkumpul lebih $4000. Selain menyediakan beberapa hadiah untuk sumbangan, pihak AdBlock juga kelihatan mensasarkan beberapa perkara lain, termasuk ingin mengiklankan ia pada surat khabar sekiranya mencapai tahap yang lebih tinggi.

Bagi anda yang ingin menyumbang, mungkin boleh layari halaman kempen AdBlock tersebut sendiri, dan bagi mereka yang ingin memasang AdBlock, boleh layari laman AdBlock hari ini.

Untuk makluman, AdBlock dan juga AdBlock Plus adalah dua projek berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd