Pada hari Jumaat yang lepas, Microsoft telah mengumumkan berkenaan dengan Steve Ballmer yang akan meninggalkan jawatan CEO dalam tempoh kurang 12 bulan lagi. Dan kini, melalui sebuah temuramah khas bersama ZDNet, Steve Ballmer berkongsi beberapa perkara berkaitan kerjaya beliau.
Daripada apa yang dikongsikan, sepanjang menjadi CEO, salah satu perkara yang amat beliau menyesal adalah pelancaran produk Windows Vista.
Vista, sejak ia dilancarakan, telah menerima pelbagai kritikan daripada pengguna seluruh dunia. Perkara ini terutamanya adalah disebabkan penggunaan tenaga pemprosesan yang tinggi.
Perkara ini sekaligus menyumbang kepada kejayaan Windows 7 apabila sistem operasi berkenaan mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi Vista.