Apple Dikatakan Menguji Cip “A7” 64-bit Untuk iPhone 5S

Apple Dikatakan Menguji Cip “A7” 64-bit Untuk iPhone 5S

Diterbitkan pada Ogos 26, 2013 oleh .

Cip A6Dengan bulan September yang menjelang tiba, ramai yang menantikan pengumuman beberapa gajet baru, dan salah satunya adalah iPhone 5S. Selain beberapa info sebelum ini, kini beberapa info awal berkenaan cip pemprosesan A7 mula kedengaran.

Ia dikatakan cip pemprosesan A7 akan membawaka kelajuan sehingga 31% lebih pantas berbanding sebelum ini.

Apple turut dikatakan sedang menguji cip pemprosesan berasaskan kepada 64-bit, namun ia tidak diketahui sama ada akan diperkenalkan pada produk akhir ataupun tidak.

Selain daripada cip pemprosesan baru, Apple juga dikatakan akan menyertakan kemaskini pada bahagian kamera, disamping dijangka akan menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada telefon pintar baru mereka kelak.

Mengikut laporan awal, Apple menjadualkan sebuah acara khas pada 11 September kelak untuk memperkenalkan produk baru mereka ini.


TIPS & ULASAN