Adakah Samsung Galaxy Note 3 Akan Kelihatan Seperti Ini?

Adakah Samsung Galaxy Note 3 Akan Kelihatan Seperti Ini?

Diterbitkan pada Ogos 26, 2013 oleh .

Samsung sedia menjadualkan sebuah acara khas pada 4 September ini, dimana mereka bakal memperkenalkan Galaxy Note 3 pada acara berkenaan. Kini, dengan pelancarannya yang makin dekat, beberapa info dan gambar peranti berkenaan mula kelihatan di arena web.

Galaxy Note 3

Mengikut PhoneArena, ia dikatakan Galaxy Note 3 akan menyertakan skrin bersaiz 5.9-inci Super AMOLED FHD, serta dijana menggunakan cip pemprosesan Samsung Exynos Octa-Core 2.0GHz ataupun Qualcomm Snapdragon 800 2.3GHz. Dari segi memori pula, telefon pintar ini dijangka akan menyertakan 3GB RAM.

Galaxy Note 3 turut dijangka akan menyertakan kamera belakang 13.1-megapixel dan juga kamera hadapan 2.1-megapixel, dan dijana menggunakan Android 4.3 Jelly Bean.

Seperti biasa, Samsung turut dijangka akan menyertakan beberapa fungsi baru pada Galaxy Note 3, dan mungkin juga kita akan dapat melihat kawalan butang hardware menggunakan S-Pen seperti pada Galaxy Note 8.0 sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 4 September kelak untuk pengumuman rasmi daripada Samsung berkenaan phablet terbaru daripada mereka.


TIPS & ULASAN