Carian
Program Rebat Telefon Pintar SKMM Akan Disambung Semula Pada 3 September
August 26, 2013 Aman

Beberapa minggu yang lepas, SKMM telah menghentikan pendaftaran untuk rebat telefon pintar, kerana telah mencapai 1.5 juta pendaftaran. Kini, kerajaan mengatakan mereka akan memulakan semula program tersebut pada 3 September kelak.

Daripada apa yang dikongsikan, sebanyak RM1.42 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan sejak program tersebut dimulakan sebelum ini.

Berbeza dengan apa yang dipaparkan di laman SKMM – mengatakan telah mencapai angka sasaran sebelum ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari pula mengatakan program tersebut dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.

Melalui program rebat telefon pintar 3G, SKMM menawarkan potongan harga sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G oleh belia berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun, dan berpendapatan bawah RM3000.

Komen