Cari @ Amanz

cybersecurityDengan lebih ramai yang mula menggunakan internet dari hari ke hari, kini CyberSecurity Malaysia menjangka jenayah siber dan juga ancaman berkenaan dengannya dijangka akan meningkat pada pertengahan kedua 2013 ini.

Mengikut apa yang dikongsikan, sepanjang Januari hingga Jun 2013 lepas, sebanyak lebih 5592 telah dilaporkan kepada CyberSecurity.

Antara perkara yang dilaporkan dengan banyak adalah termasuk pencerobohan, spam, gangguan siber, DoS dan beberapa yang lain.

Pihak CyberSecurity juga dijangka akan meningkatkan lagi pendidikan dan kesedaran berkaitan dunia siber kepada pengguna umum seluruh negara.

CyberSecurity Malaysia juga turut berkongsi mengatakan Malaysia adalah negara ke-enam tertinggi yang terdedah kepada ancaman siber, yang mana melibatkan serangan malware melalui komputer mahupun telefon pintar.

CyberSecurity Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd