Canon Mengumumkan LEGRIA Mini Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM999

Canon Mengumumkan LEGRIA Mini Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM999

Diterbitkan pada Ogos 26, 2013 oleh .
Spesifikasi LEGRIA Mini
Sensor 12.8-megapixel CMOS
Lensa 15.4mm Ultra-Wide Angle f/2.8
Format Rakaman MP4
Slot Kad mikroSD/mikroSDHC/mikroSDXC
Berat 160g

Dengan YouTube dan juga Vlog (video-blogging) yang popular di seluruh dunia, kini Canon turut sama hadir dengan sebuah kamera khas untuknya, dinamakan sebagai LEGRIA Mini.

Canon LEGRIA Mini hadir dengan sokongan teknologi optikal daripada Canon, disamping turut dilengkapi sokongan WiFi untuk pemindahan fail dan juga perkongsian.

Dari segi lensa yang disertakan, LEGRIA Mini membawakan lensa wide-angle, membolehkan rakaman gambar 170-darjah ataupun 160-darjah ketika merakamkan video. Perkara ini juga amat sesuai sekiranya ingin membuat rakaman berkumpulan dan sebagainya.

Canon LEGRIA Mini

Di Malaysia, Canon LEGRIA Mini ini akan dijual pada harga RM999 bermula pertengahan September kelak.


TIPS & ULASAN