Cari @ Amanz

OUYA merupakan salah satu konsol permainan berasaskan Android, dan telah mendapat perhatian ramai sejak awal tahun ini. Walaupun ia tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia, namun kelihatan pihak IPMart akan menawarkan melalui laman jualan mereka tidak lama lagi.

Buat masa ini, halaman pra-tempahan telah pun diaktifkan oleh mereka, menawarkan konsol permainan tersebut pada harga RM499 – yang mana hadir bersama-sama sebuah alat kawalan khas.

OUYA hadir bersama-sama Android 4.1 Jelly Bean, dimana turut dilengkapi dengan memori 1GB RAM, cip pemprosesan Tegra 3 1.7GHz, dan alat kawalan khas untuknya.

Namun, sekiranya pengguna ingin mendapatkan ia terus melalui penjual lain seperti Amazon dan sebagainya, konsol OUYA dijual pada harga $99.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd