Anda Memohon Nama Pengguna Baru Dari Yahoo!? Emel Mula Dihantar Bermula Hari Ini

Anda Memohon Nama Pengguna Baru Dari Yahoo!? Emel Mula Dihantar Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Ogos 26, 2013 oleh .

Yahoo! WatchlistBulan lepas, Yahoo! telah membuka peluang untuk para pengguna mendapatkan nama pengguna Yahoo! yang tidak aktif, tetapi telah didaftarkan oleh orang lain. Kini, nampaknya mereka telah pun mula menghantar pautan pendaftaran khas berdasarkan nama pengguna yang dimohon secara berperingkat bermula hari ini.

Melalui emel tersebut, Yahoo! akan menyertakan sebuah pautan khas yang memerlukan pengguna mendaftarkannya dalam tempoh 48 jam sebelum ia diberikan kepada pengguna lain.

Seperti semua sedia maklum, melalui Yahoo! ID, pengguna boleh mengakses kepada beberapa perkhidmatan popular, termasuk Yahoo! Mail, Flickr dan sebagainya.

Selain daripada itu, sekiranya nama pengguna yang dipohon anda tidak tersenarai, anda masih boleh mendaftarkan minat pada harga $1.99, dimana Yahoo! akan terus memantau nama pengguna selama tiga tahun, dan memberi notifikasi kepada anda sekiranya nama pengguna tersebut boleh didaftarkan.

Sebelum ini, untuk menarik ramai pengguna untuk terus menggunakan perkhidmatan Yahoo!, gergasi internet tersebut telah mula reset semula semua nama pengguna yang tidak digunakan untuk lebih 12 bulan dalam memberikan peluang kepada yang lain mendapatkan nama pengguna tersebut.


TIPS & ULASAN