Cari @ Amanz

Facebook terus menambah satu demi satu fungsi baru akhir-akhir ini, dimana terkini ia kelihatan laman sosial gergasi tersebut menambah fungsi kolaborasi pada album gambar, membolehkan sesuatu album gambar dikawal oleh lebih dari seorang.

Facebook - Shared Album

Sehingga kini, pada album gambar, hanya seorang pengguna sahaja boleh memuat-naik gambar, dan dengan fungsi baru ini, ia membolehkan lebih daripada seorang pengguna memuat-naik pada album yang sama.

Melalui fungsi baru ini, sebuah butang khas ditambah, dinamakan sebagai “Add Contributors”, selain mana nama setiap orang yang dinamakan sebagai “Contributor” dilabelkan pada album gambar tersebut.

Fungsi ini masih diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin anda akan melihatnya pada akaun anda tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd