Aplikasi InPic (Dahulunya InstaPic) Hadir Untuk Pengguna Windows Phone 8

Aplikasi InPic (Dahulunya InstaPic) Hadir Untuk Pengguna Windows Phone 8

Diterbitkan pada Ogos 27, 2013 oleh .

Ingatkah lagi akan InstaPic yang hadir sebagai klien Instagram untuk Windows 8? Dengan perubahan polisi baru Instagram, pembangunnya kini mengubah nama ia kepada InPic, selain mana turut melancarkan aplikasi InPic untuk pengguna Windows Phone 8.

InPic WP8

InPic hadir sebagai klien penuh untuk Instagram bagi pengguna Windows Phone 8, membolehkan mereka memuat-naik gambar, meninggalkan komen, Like, Follow, dan sebagainya. Ia juga turut hadir dengan beberapa pilihan filter untuk ditambah pada gambar sebelum dikongsikan ke Instagram.

Berbeza dengan beberapa klien Instagram untuk Windows Phone 8, InPic ditawarkan secara percuma, dan bebas daripada iklan sepenuhnya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun ia secara percuma dari Windows Phone Store hari ini.

Muat-Turun InPic untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN