Cari @ Amanz

Samsung dan BlackBerry sedia hadir dengan sebuah kerjasama khas di Afrika, dan kini Samsung Ghana menerbitkan sebuah video promosi khas, memperlihatkan aplikasi BBM akan hadir ke peranti keluarga Galaxy tidak lama lagi.

BlackBerry sendiri sebelum ini telah sedia mengumumkan BBM akan hadir ke peranti Android dan juga iOS, dan dijangka akan ditawarkan kepada umum dalam seminggu dua lagi.

Ia tidak diketahui sama ada pihak Samsung akan menerima aplikasi berkenaan secara eksklusif ataupun sebaliknya.

Di Malaysia, memandangkan mereka sedang mempromosikan aplikasi ChatON mereka, maka mungkin kita tidak akan melihat promosi menyeluruh daripada Samsung untuk BBM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd