Cari @ Amanz

MicrosoftMicrosoft kini dalam persiapan untuk pelancaran Windows 8.1 yang bakal diperkenalkan untuk umum pada 18 Oktober kelak. Namun, seperti biasa, ura-ura dan desas-desus awal berkenaan sistem operasi generasi akan datang telah pun mula kedengaran.

Info awal berkenaan Windows 9 dan juga Windows 10 kini hadir daripada WZOR, yang mana sedia terkenal dengan pelbagai ura-ura dan laporan berkaitan produk Microsoft sebelum ini.

Daripada apa yang dikongsikan, Windows 9 bakal menyerupai sistem operasi desktop yang kita sedia kenali pada hari ini. Malah ia turut dikatakan yang mana antaramuka Aero akan kembali pada Windows 9, dan dijangka akan hadir lebih awal berbanding beza jangka masa pelancaran sebelum ini.

Windows 10 pula dikatakan akan membawakan sesuatu yang berbeza, dimana ia akan beroperasi sepenuhnya berasaskan kepada awan. Memandangkan Windows 8 pada hari ini sedia mengintegrasikan SkyDrive secara mendalam, maka mungkin ia tidak mustahil untuk Microsoft melaksanakannya.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat ura-ura awal, maka mungkin ia tidak begitu tepat. Apa pun, semestinya dengan pelbagai perubahan yang berlaku di Microsoft akhir-akhir ini, sistem operasi dibawah CEO baru kelak adalah salah satu perkara yang akan dinantikan ramai pengguna komputer dan terutamanya peminat Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd