Canon Mengumumkan EOS 70D Untuk Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM3899

Canon Mengumumkan EOS 70D Untuk Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM3899

Diterbitkan pada Ogos 27, 2013 oleh .

Canon Malaysia, selain mengumumkan LEGRIA Mini untuk pasaran tempatan baru-baru ini, hari ini mereka turut sama mengumumkan kamera DSLR terbaru daripada mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Canon EOS 70D.

Canon EOS 70D membawakan pelbagai penambah-baikkan dan juga beberapa fungsi baru, termasuk kebolehan auto-fokus yang lebih pantas dan baik dengan penggunaan Dual Pixel CMOS AF. Selain itu EOS 70D ini juga turut sama menyertakan wireless transmitter, membolehkan pengguna untuk menghubungkan peranti Android dan iOS untuk tujuan perkongsian serta-merta bersama yang lain.

Canon EOS 70D

Canon EOS 70D

Dari segi spesifikasi, kamera EOS 70D ini membawakan sensor 20.2-megapixel APS-C Canon CMOS, pemprosesan gambar DIGIC 5+, serta ISO antara 100-12800 (boleh diperluaskan sehingga 25,600).

Di Malaysia, Canon EOS 70D ditawarkan pada harga bermula RM3899 (untuk badan sahaja), EOS 70D (EFs 18-55 STM) pada harga RM4399, EOS 70D (EFs 18-135 STM) pada harga RM5299, dan juga EOS 70D (EFs 18-200 IS) pada harga RM5499.


TIPS & ULASAN