Aplikasi Sony PlayMemories Camera Kini Tersedia Untuk Pengguna Malaysia

Aplikasi Sony PlayMemories Camera Kini Tersedia Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 27, 2013 oleh .

Kedai aplikasi sedia mengubah landskap penggunaan telefon pintar, dan untuk makluman, pihak Sony sedia memperkenalkan PlayMemories – kedai aplikasi untuk kamera Sony NEX pada tahun lepas. Setelah sekian lama diperkenalkan Sony, kini aplikasi berkenaan sedia digunakan oleh pengguna tempatan.

PlayMemories membolehkan para pengguna untuk memuat-turun aplikasi dan perkhidmatan baru, sekaligus menambah lagi fungsi-fungsi pengimejan digital pada kamera Sony mereka.

Bagi para pengguna kamera NEXU-5R dan juga NEX-6 di Malaysia, anda kini boleh menggunakannya. Selain Malaysia, Sony juga turut memperkenalkan PlayMemories ini untuk pengguna di Singapura, Indonesia, dan juga Thailand.


TIPS & ULASAN