Carian
Opera 16 Untuk Desktop Sedia Untuk Dimuat-Turun
August 27, 2013 Aman

Dengan jadual pembangunan pantas, kini pihak pembangun pelayar web Opera telah pun melancarkan versi terbaru pelayar web desktop mereka – Opera 16 yang mana dibangunkan berasaskan kepada Chromium 29.

Opera 16

Opera 16 menyertakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan HTML5 yang ditambah baik, termasuk sokongan berasaskan lokasi pada pelayar web berkenaan. Ia juga kini mengikuti piawaian yang ditetapkan W3C untuk API geolokasi. Sokongan form-filler dan auto-fill juga kini disertakan pada pelayar web Opera 16.

Bagi para pengguna Windows dan juga Mac yang berminat, anda boleh memuat-turun Opera 16 hari ini, ataupun sekiranya sedia menggunakan Opera, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik.

Komen