Cari @ Amanz

BlackBerry sedia mengumumkan yang mana BBM akan ditawarkan untuk iOS dan Android tidak lama lagi. Dan kini, WSJ hadir dengan sebuah laporan khas, mengatakan BlackBerry merancang untuk mengasingkan BBM daripada perniagaan utama mereka, dan membuatkan ia beroperasi secara berasingan.

Mengikut apa yang dilaporkan, subsidiari baru ini mungkin dipanggil sebagai BBM Inc, dan memfokuskan kepada perkhidmatan dan platform BlackBerry Messenger. Ia masih tidak diketahui bagaimanakah BBM akan beroperasi secara berasingan, dan bagaimanakah mereka akan menjana wang melaluinya.

Salah satu perkara menarik yang turut dikongsikan WSJ adalah dimana BBM pada pelbagai platform telah diuji secara dalaman sejak tiga tahun yang lepas, selain sebuah versi yang dioptimasikan untuk desktop turut dibangunkan oleh mereka.

Pada hari ini, BBM mempunyai lebih kurang 60 juta orang pengguna seluruh dunia, dan semestinya angka ini jauh amat sedikit jikalau dibandingkan dengan beberapa aplikasi lain seperti WhatsApp, WeChat, LINE dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd