Google Akan Memulakan Pemanduan Street View Di Malaysia

Google Akan Memulakan Pemanduan Street View Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 28, 2013 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman berkenaan dengan pengenalan Street View dengan pengimejan khas di beberapa lokasi, pihak Google turut sama mengumumkan yang mana mereka akan memulakan pemanduan Street View di sekitar jalan raya di Malaysia mulai hari ini.

Google Street View Malaysia

Google Street View Malaysia

Berbeza dengan pengimejan khas, untuk pemanduan Street View ini, ia akan merakamkan gambar 360-darjah disekitar jalan raya pada paras pejalan kaki.

Seperti biasa, memandangkan pihak Google mengambil hal berkenaan privasi secara serius, maka mereka akan kaburkan gambar wajah dan juga nombor plat kenderaan untuk rakaman gambar Street View di Malaysia.

Ia tidak diketahui lagi jalan manakah yang akan menjadi pilihan pertama pihak Google di Malaysia.

Google Street View Malaysia

Google Street View Malaysia


TIPS & ULASAN