Aplikasi Office Mobile Untuk Android Kini Boleh Digunakan

Aplikasi Office Mobile Untuk Android Kini Boleh Digunakan

Diterbitkan pada Ogos 28, 2013 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman aplikasi Office Mobile untuk Android sebelum ini, hari ini aplikasi berkenaan turut sama dilancarkan untuk pengguna di Asia Pasifik, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan turut menggunakannya.

Melalui aplikasi Office Mobile untuk telefon pintar Android, ia membolehkan para pengguna peranti Android membuat penyuntingan dokumen terus pada peranti tersebut dengan pantas, disamping berkongsi dengan lain melaluinya. Namun, seperti biasa, aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pelanggan Office 365 sahaja.

Pengguna Android yang juga pelanggan Office 365 boleh memuat-turun aplikasi Office Mobile untuk telefon pintar Android ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Aplikasi Office Mobile pada Google Play Store


TIPS & ULASAN