Carian
Castrol Melancarkan CARAMA Secara Rasmi Untuk Pengguna Malaysia
August 28, 2013 Aman

CARAMA sedia diperkenalkan dalam bentuk ujian awal beberapa bulan yang lepas, dan hari ini, Castrol secara rasminya melancarkan perkhidmatan tersebut kepada pengguna tempatan, sekaligus memudahkan mereka menemui bengkel-bengkel kereta di seluruh negara.

Melalui CARAMA, portal web berkenaan memfokuskan kepada penawaran maklumat berkaitan sesuatu bengkel, dimana pengguna boleh melihat lokasi, perkhidmatan yang ditawarkan termasuk komen-komen daripada pelanggan mereka sebelum ini.

Carama - Peta Bengkel

Carama - Spare Part

Salah satu kelebihan yang turut disertakan pada portal berkenaan adalah kebolehan untuk melihat kos-kos yang terlibat dalam pembelian alat ganti kereta, sekaligus mengelakkan pengguna daripada tertipu ketika ke sesuatu bengkel kereta.

Bagi pengguna berdaftar pula, portal berkenaan menawarkan beberapa perkara tambahan, termasuk salah satunya adalah MyCar, dimana notifikasi diberikan untuk servis kenderaan mengikut suatu tempoh masa, disamping turut menyertakan Carama Reward yang menawarkan ganjaran untuk pemilik kenderaan.

Komen