Cari @ Amanz

Alcatel akhir-akhir ini hadir dengan beberapa telefon pintar baru, dan terkini di Malaysia, pihak Alcatel berkongsi beberapa maklumat berkenaan telefon pintar Alcatel one Touch Idol X yang akan ditawarkan bermula minggu hadapan – 4 September.

Alcatel One Touch Idol X

Alcatel One Touch Idol X dijana menggunakan sistem operasi Android, dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, memori 2GB RAM, kamera belakang 13.1-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Ia turut sama didatangkan dengan sokongan dwi-SIM untuk pasaran tempatan.

Di Malaysia, peranti ini akan ditawarkan secara eksklusif bersama Lazada selama lebih kurang dua minggu, sebelum ia turut ditawarkan oleh pengedar lain selepas itu.

Harga jualan peranti ini dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd