Sony Bakal Memperlihatkan Komputer Riba VAIO Baru Pada IFA 2013

Sony Bakal Memperlihatkan Komputer Riba VAIO Baru Pada IFA 2013

Diterbitkan pada Ogos 29, 2013 oleh .

SonySony nampaknya akan hadir dengan pengumuman pelbagai peranti baru bersempena dengan IFA 2013 kelak. Selain daripada telefon pintar Xperia Z1 “Honami” dan juga lensa-kamera yang diperkatakan ramai, mereka juga dilihat bakal memperkenalkan komputer riba VAIO yang baru.

Daripada sebuah video teaser yang diterbitkan di YouTube, ia memperlihatkan pihak Sony akan hadir dengan peranti hibrid, membolehkan pengguna menggunakannya sebagai tablet, ataupun sebagai komputer riba, mahupun sebagai pemain media.

Memandangkan keluarga VAIO menggunakan Windows, maka mungkin kita akan melihat Sony mengumumkan peranti hibrid berasaskan Windows 8 pada acara berkenaan kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah peranti-peranti baru yang akan diumumkan oleh Sony pada acara IFA 2013 yang akan bermula pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN