Cari @ Amanz

Nintendo sedia terkenal dengan penawaran konsol permainan mereka disamping beberapa permainan eksklusif untuknya. Terkini, mereka turut sama mengumumkan sistem permainan mudah-alih terbaru mereka, dinamakan sebagai Nintendo 2DS.

Nintendo 2DS

Nintendo 2DS hadir sebagai sistem permainan asas daripada mereka, membolehkan ia memainkan pelbagai jenis permainan 3DS melaluinya, tetapi hanya akan dipaparkan melalui paparan 2D.

Ia juga didatangkan dengan rekabentuk yang berbeza dengan beberapa versi sebelum ini, tetapi masih mengekalkan beberapa fungsi asas, termasuk sokongan skrin sentuh melaluinya.

Nintendo 2DS ini dijangka akan mula dijual bermula pertengahan Oktober di Amerika Syarikat. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran untuk Malaysia yang diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd