Gambar Phablet Nokia Lumia 1520 Tertiris Ke Arena Web

Gambar Phablet Nokia Lumia 1520 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Ogos 29, 2013 oleh .

Nokia sedia dikatakan bakal mengumumkan sebuah phablet bersaiz 6-inci daripada mereka, yang mana dikenali dengan nama kod “Bandit”. Kini, sebuah gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan bagaimanakah peranti yang dikenali dengan nama “Lumia 1520” ini akan kelihatan.

Nokia Lumia 1520 Bandit

Lumia 1520 ini dikatakan akan menyertakan paparan 1080p, selain mana turut menyertakan kamera 20-megapixel PureView, serta rekabentuk kerangka berasaskan polikarbonat.

Dari segi kuasa pemprosesan pula, Nokia Lumia 1520 ini dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon, selain mana dilengkapi dengan Windows Phone 8 GDR3. Dengan lebih ramai yang mula gemarkan peranti dengan skrin bersaiz besar, mungkin Nokia dapat menarik segelintir pengguna menggunakan peranti ini.

Phablet Nokia Lumia 1520 ini dijangka akan dipasarkan bermula November kelak, dan mungkin kita akan mendengar pengumuman rasminya pada penghujung September kelak.


TIPS & ULASAN