Carian
Skype Sedang Membangunkan Sokongan Panggilan Video 3D
August 29, 2013 Aman

Skype Windows 8Panggilan video kini disediakan oleh beberapa penyedia, dan semestinya salah satu yang amat popular adalah Skype. Terkini, melalui sebuah temuramah bersama pihak BBC, kini Skype mengatakan mereka sedang membangunkan sokongan panggilan video dalam bentuk tiga dimensi.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi sama ada fungsi panggilan 3D ini akan dilancarkan kepada umum ataupun sebaliknya. Perkara ini adalah kekangan penggunaan kamera dan beberapa perkara lain untuk membuat panggilan video antara satu sama lain.

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini beberapa telefon pintar turut hadir dengan sokongan rakaman 3D, tetapi seperti tidak disambung kerana kurang permintaan untuknya.

Buat masa ini, satu-satunya perkara yang dilihat akan membawa penggunaan 3D setapak kehadapan adalah dalam bentuk permainan video. Namun, memandangkan beberapa keperluaan seperti perlu menggunakan sebuah kaca mata khas dan sebagainya turut membuatkan pengguna tidak menggunakannya secara meluas.

Apa pun, bagi anda, sekiranya panggilan video 3D ini diperkenalkan, adakah ia akan digunakan oleh anda?

Komen