Cari @ Amanz

Beberapa desas-desus dan gambar telah diperlihatkan sebelum ini memperlihatkan phablet daripada HTC kelak akan menyertakan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Kini, beberapa gambar baru hadir memperlihatkannya dengan lebih dekat.

HTC One Max

Mengikut gambar baru yang tertiris ke arena web ini, ia memperlihatkan sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian bawah kamera-belakang. Walaubagaimanapun, mengikut apa yang diperkatakan, versi ini mungkin hanya ditawarkan untuk China sahaja dan bukannya semua negara.

Apakah fungsi yang akan ditawarkan melalui pengimbas tersebut masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

HTC One Max ini dijangka akan diumumkan pada bulan September kelak, dan akan bersaing dengan beberapa peranti baru, termasuk Galaxy Note 3 dan juga Sony Xperia Z Ultra.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd