Adakah Google Akan Memperkenalkan Logo YouTube Yang Baru?

Adakah Google Akan Memperkenalkan Logo YouTube Yang Baru?

Diterbitkan pada Ogos 29, 2013 oleh .

YouTubePada aplikasi YouTube untuk Android dan juga iOS yang terbaru, pihak Google dilihat menggantikan gambar ikon dengan versi baru. Terkini, pada laman Twitter dan juga Facebook rasmi YouTube, ia kelihatan mereka menggantikannya dengan gambar logo baru.

Melalui rekabentuk baru ini, ia memperlihatkan penggunaan rekabentuk logo yang menjadi trend akhir-akhir ini, selain selari dengan penggunaan logo pihak Google pada beberapa perkhidmatan mereka yang lain.

Seperti biasa, ia tidak diketahui sama ada ia akan menjadi logo baru YouTube dan digunakan pada halaman rasminya ataupun tidak.

Jadi, apa kata anda berkenaan logo ini berbanding versi lama?


TIPS & ULASAN