Samsung Bakal Memperlihatkan Pencetak Dengan Sokongan Speaker Dan Dock Telefon

Samsung Bakal Memperlihatkan Pencetak Dengan Sokongan Speaker Dan Dock Telefon

Diterbitkan pada Ogos 29, 2013 oleh .

Samsung sedia mengumumkan beberapa minggu lepas yang mana mereka akan hadir ke IFA 2013, dan memperkenalkan dua peranti yang dinantikan ramai, iaitu Galaxy Note 3 dan juga jam tangan pintar Galaxy Gear. Hari ini, mereka turut berkongsi akan hadir dengan beberapa pencetak baru pada acara berkenaan.

Daripada apa yang dikongsikan melalui Samsung Tomorrow, syarikat gergasi dari Korea Selatan tersebut bakal memperkenalkan beberapa pencetak baru, termasuk beberapa dengan sokongan NFC terbina untuk memudahkan pengguna mencetak.

Samsung Printer - Wave

Disamping itu, antara yang menarik perhatian adalah beberapa konsep pencetak yang akan turut diperlihatkan pada acara tersebut.

Antaranya adalah pencetak yang memfokuskan kepada peranti mudah-alih, dimana pengguna boleh dock telefon pintar mereka, dan seterusnya mencetak terus melalui ia.

Samsung Printer - Indie

Selain daripada itu, salah satu pencetak yang akan turut diperlihatkan adalah pencetak yang turut didatangkan dengan sistem audio, membolehkan pengguna mengecas telefon pintar mereka, disamping pada masa yang sama mendengar lagu ataupun melakukan cetakan.

Jadi, apa kata anda berkenaan beberapa konsep pencetak daripada Samsung yang bakal diperlihatkan ini?


TIPS & ULASAN