Cari @ Amanz

Dengan GTA 5 yang bakal dilancarkan pada pertengahan September kelak, hari ini Rockstar Games telah pun hadir dengan video trailer terakhir untuk pelancaran permainan tersebut.

Berbeza dengan beberapa video teaser sebelum ini, video trailer akhir ini memperlihatkan beberapa babak baru, sekaligus memperlihatkan tiga watak protagonis permainan berkenaan – Michael, Trevor, dan juga Franklin.

Permainan Grand Theft Auto 5 ini akan dilancarkan secara rasminya pada platform PlayStation 3 dan juga Xbox 360 pada 17 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd