Cari @ Amanz

Samsung dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka yang dikenali sebagai Galaxy Gear pada 4 September ini bersama-sama pengenalan phablet Galaxy Note 3.

Galaxy Gear App

Lebih awal daripada itu, hari ini, @evLeaks berkongsi paparan skrin untuk aplikasi yang akan menghubungkan Galaxy Gear kepada telefon pintar Android.

Daripada paparan aplikasi berkenaan, ia memperlihatkan yang mana jam tangan pintar Samsung tersebut kelak akan dihubungkan melalui sokongan Bluetooth. Selain itu, ia juga memperlihatkan sokongan NFC akan disertakan untuk dihubungkan ke telefon pintar.

Galaxy Gear dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 2.5-inci, selain dilengkapi dengan memori 1GB RAM dan juga cip dwi-teras. Paparan aplikasi berkenaan juga turut memperlihatkan sokongan Samsung Apps akan turut disertakan pada peranti berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd