Pada PC Fair yang diadakan minggu lepas, kita sedia melihat ATIV Book 9 Lite dijual. Namun, pelancaran rasmi untuk komputer riba terbaru daripada Samsung itu hanya dilakukan hari ini, sekaligus menawarkan dua variasi komputer riba tersebut – iaitu dengan sokongan skrin sentuh dan tanpa untuk pengguna tempatan.
ATIV Book 9 Lite ini membawakan skrin bersaiz 13.3-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras, memori 4GB DDR3, grafik AMD Radeon HD 8250, storan 128GB SSD, serta dijana menggunakan sistem operasi Windows 8. Ia dilihat yang mana Samsung membawakan sebuah cip pemprosesan khas untuk computer riba ini dengan usahasama pihak AMD. Samsung juga menyertakan beberapa sokongan khas, termasuk aplikasi SideSync bersama-sama dengan computer riba ini.
Versi dengan skrin sentuh dijual pada harga RM2399, manakala tanpa skrin sentuh adalah RM1999.