Cari @ Amanz

Pada Samsung Premiere 2013 yang diadakan beberapa bulan lepas, pihak Samsung telah mengumumkan dan memperkenalkan komputer riba hibrid dengan sokongan dua sistem operasi, Windows dan juga Android, iaitu ATIV Q. Hari ini, pihak Samsung Malaysia berkongsi mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia.

Samsung-PREMIERE-2013-Livestream-YouTube21 copy

Namun, tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak Samsung. Daripada pertanyaan kami sendiri, pihak Samsung mengatakan ia mungkin hadir pada suku ke-4 tahun ini, ataupun paling lewat adalah pada awal tahun 2014 kelak.

ATIV Q membolehkan pengguna menggunakan ia dalam pelbagai mod berbeza-beza, bersesuaian dengan tugasan yang ingin dilakukan. Selain menyertakan paparan resolusi qHD+ (3200×1800 pixel), ATIV Q juga turut hadir dengan sokongan S-Pen.

Menariknya mengenai ATIV Q adalah dimana pengguna boleh pin akan aplikasi Android terus pada skrin utama Windows 8, dan menggunakannya tanpa perlu boot semula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd