Surface Pro Menerima Potongan Harga – Kini Dijual Pada Harga RM2449

Surface Pro Menerima Potongan Harga – Kini Dijual Pada Harga RM2449

Diterbitkan pada Ogos 30, 2013 oleh .

Microsoft Malaysia telah melancarkan Surface Pro di Malaysia pada bulan Jun yang lepas. Kini, selepas memperkenalkan potongan harga untuk Surface RT beberapa minggu yang lepas, ia kelihatan pihak Microsoft turut sama mengemaskini harga jualan Surface Pro untuk pasaran tempatan.

Surface Pro - RM2449

Melalui kemaskini harga terkini, Surface Pro menerima potongan sebanyak RM300, dimana kini ia dijual pada harga RM2449 untuk versi 64GB. Seperti semua sedia maklum, berbeza dengan Surface RT, versi Pro ini menawarkan Windows 8 – sekaligus membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan, termasuk memasang pelbagai jenis perisian dan aplikasi padanya.

Pengumuman ini juga sekaligus memberikan idea yang mana pihak Microsoft kini dalam persiapan untuk memperkenalkan generasi baru Surface.


TIPS & ULASAN