Microsoft Dilaporkan Ingin Melabur Pada FourSquare

Microsoft Dilaporkan Ingin Melabur Pada FourSquare

Diterbitkan pada Ogos 30, 2013 oleh .

Umum mungkin sedia mengenali akan FourSquare, iaitu salah satu laman sosial berasaskan geolokasi yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, menurut laporan Bloomberg, ia dikatakan Microsoft dalam perbincangan untuk melabur pada FourSquare.

FourSquare pada hari ini boleh dikatakan mempunyai antara data lokasi yang terbanyak di seluruh dunia, membolehkan data geolokasi berkenaan digunakan untuk pelbagai perkara.

Microsoft sendiri boleh menggunakan data tersebut untuk pelbagai perkara, dan salah satunya semestinya dalam menambah-baik enjin carian Bing mereka.

Microsoft sedia melabur pada Facebook, dan kini mengintegrasikan Bing pada Facebook, pada bahagian carian dan juga pemetaan.

Untuk FourSquare sendiri, selain Microsoft, ia dikatakan Yahoo! juga turut berminat terhadapnya. Apa pun, seperti biasa, semuanya pada peringkat perbincangan dan tidak diketahui bagaimanakah keputusan akhirnya kelak daripada kedua-dua pihak.


TIPS & ULASAN