Laman Digg mungkin bukan sesuatu yang baru untuk pengguna yang gemar bookmark pelbagai perkara. Kini, dibawah pemilik baru, Digg telah melalui pelbagai perubahan, dan selepas melancarkan aplikasi iOS mereka beberapa minggu sebelum ini, hari ini mereka turut melancarkan versi Android untuk aplikasi rasmi mereka.
Melalui aplikasi Digg untuk Android ini, pengguna boleh mengikuti pelbagai kemaskini semasa dan artikel hangat yang dikongsikan pengguna pada laman berkenaan. Selain itu, salah satu perkara yang menarik adalah integrasi Digg Reader, membolehkan pengguna mengikut kemaskini RSS melalui aplikasi berkenaan.
Walaubagaimanapun, fungsi yang dibawakan boleh dikatakan masih lagi terhad, dan pihak Digg mengatakan akan mengemaskini aplikasi berkenaan dengan beberapa fungsi baru tidak lama lagi.
- Muat Turun
- Muat-Turun Digg untuk Android