Cari @ Amanz

Telefon pintar Huawei boleh dikatakan agak menarik perhatian, dimana selepas hadir dengan telefon pintar yang nipis dengan rekabentuk menarik, terkini mereka turut sama mengumumkan Huawei Honor 3.

Huawei Honor 3

Huawei Honor 3 membawakan cip empat-teras 1.5GHz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 4.7-inci dan turut dilengkapi dengan kamera 13-megapixel. Dari segi platform pula, ia dilengkapi Android 4.2.2 Jelly Bean dan juga Huawei Emotion UI.

Sebagai ciri-ciri tambahan, Huawei turut sama menyertakan sokongan kalis air dan debu, disamping turut menyertakan sokongan IR (infra-red) pada peranti berkenaan untuk mengawal beberapa perkara, seperti televisyen.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd