Cari @ Amanz

Bersempana dengan Hari Kemerdekaan yang ke-56, hari ini pihak Maxis melancarkan sebuah laman perarakan maya, membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-naik gambar dan memperlihatkannya pada laman khas berkenaan.

Maxis Merdeka Maya

Untuk menyertai perarakan maya ini, pengguna hanya perlu merakamkan gambar mereka, dan kemudiannya memuat-naik gambar tersebut ke Instagram ataupun Twitter dengan menggunakan hashtag #unite4msia.

Sekiranya pengguna tidak mempunyai peranti mudah-alih, mereka turut sama boleh memuat-naik gambar secara manual melalui laman khas yang disediakan oleh Maxis pada MyLaunchPad.

Pada masa yang sama, Maxis juga turut mengatakan yang mana gambar unik yang dimuat-naik sebelum 9 September akan terpilih dan dipaparkan dalam iklan akhbar bersempena hari Malaysia pada 16 September kelak.

Kempen ini akan mengambil masa dari 31 Ogos 2013 hingga 15 September 2013.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd