Pressy Ingin Membawakan Butang Fizikal Dengan Akses Fungsi Pantas Pada Peranti Android

Diterbitkan pada Ogos 30, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan rekabentuk telefon pintar masa kini, salah satu perkara yang semakin dikurangkan adalah butang fizikal terbina, terutamanya untuk akses pantas seperti butang kamera dan sebagainya. Mengambil berat perkara ini, kini salah satu projek yang mengumpulkan dana melalui KickStarter adalah Pressy.

Pressy

Pressy menggunakan ruangan audio-jack untuk menghubungkan ia dan menggunakannya sebagai sebuah butang fizikal. Pengguna juga disediakan dengan sebuah aplikasi khas untuk Pressy, membolehkan anda membuat tetapan, dan kemudiannya menggunakannya untuk tujuan akses pantas.

Melalui kempen mereka di KickStarter, ia telah pun mencapai sasaran yang diperlukan dalam tempoh kurang 24 jam. Walaubagaimanapun, ia masih dibuka untuk tempoh selama 45 hari lagi, membolehkan mereka yang berminat menyumbang $20 dan mendapatkannya.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan projek Pressy ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami