Twitter Melancarkan Versi Beta Untuk Aplikasi Android

Twitter Melancarkan Versi Beta Untuk Aplikasi Android

Diterbitkan pada Ogos 30, 2013 oleh .

Pihak Google sedia memperkenalkan sokongan ujian beta pada Google Play Store, membolehkan para pembangun menguji fungsi baru pada aplikasi Android yang dibangunkan mereka dengan segelintir kecil pengguna sebelum fungsi tersebut diperkenalkan kepada umum.

Twitter Android Beta Test

Terkini, dengan beberapa perkhidmatan mula menggunakan fungsi tersebut, Twitter turut sama menyertainya, dan memulakan fasa ujian beta untuk aplikasi Android mereka. Melaluinya, mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri, dan seterusnya mendapat akses versi beta untuk aplikasi Android Twitter.

Seperti biasa, pelbagai masalah mungkin dihadapi pada versi beta, memandangkan ia dalam pembangunan. Untuknya, sebuah Google Groups khas disediakan, membolehkan pengguna memberikan maklumbalas dan sebagainya.

Untuk mendaftarkan minat, pengguna hanya perlu:

  1. Menyertai Google Groups untuk eksperimen Twitter Android
  2. Mengaktifkan akaun melalui Google Play Store

TIPS & ULASAN